Thursday, October 30, 2014

Faktor Yang Mempengaruhi Pembungaan Orkid

Orkid Dendro yg diberikan AvviSnAvviX
 
    Penghasilan bunga orkid banyak bergantung kpd keadaan 'photoperiodic' dan suhu sekitaran.Untuk orkid Dendrobium,Oncidium, Cattleya dan Phalaenopsis, pokok akan terangsang untuk berbunga selepas terdedah kpd masa gelap atau malam yang panjang.Oleh itu pokok orkid jenis tersebut perlu naungan untuk menggalakkan pengeluaran bunga.

Pembeli baja Avvi yg menggunakan Avvi pada orkid Cattleya



  Orkid jenis Aranda, Aranthera, Arachnis, Mokara, Renanthera dan vanda akan hanya terangsang mengeluarkan bunga setelah didedahkan kepada matahari sepenuhnya. Oleh itu orkid jenis ini tidak memerlukan naungan pada peringkat matang
Orkid Mokara
Orkid vanda

Friday, October 10, 2014

Hari Raya Korban Dan Avvi

 Tanggal 5.10.14 umat Islam di Malaysia menyambut hari Raya Aidil Adha atau pun Hari Raya Korban. Aku pulang ke kampung dan turut melakukan ibadah korban.Lembu yang dikorbankan adalah lembu peliharaan ayah dan emak di kampung iaitu di Benchah Hangus, Ketereh.Selepas menunaikan solat sunat Aidil Adha aku bersiap-siap menukar pakaian untuk menumbangkan lembu di belakang rumah.
     Sudah menjadi tradisi lembu ditumbangkan di belakang rumah kerana mempunyai kawasan padang yang luas.Siap melapah daging lembu dan dibahagi-bahagikan kepada yang membuat korban dan akikah, kaum perempuan di dapur memasak daging untuk dihidangkan kepada tetamu dan yang menolong melapah daging.
    Walaupun badan masih penat akibat menempuh perjalanan yang jauh ditambah lagi dengan keadaan jem Ipoh-Perak , semua aktiviti itu dilakukan dengan penuh rasa gembira di hati.Gembira dapat membuat ibadah korban dan juga dapat bertemu ibu, ayah dan saudara-mara di kampung.Sebelah petangnya pula aku dan isteri pergi ke dusun  dokong yang terletak tak jauh dari rumah.
     Sampai sahaja di dusun beberapa batang pokok lebat berbuah dan ada yang sudah masak dan ada yang masih muda.Dibantu oleh adikku yang memanjat pokok dokong, aku hanya mengutip buah yang jatuh di atas tanah dan memasukkan dalam besen yang di bawa dari rumah.Penuh dua besen dengan buah dokong aku pulang ke rumah.

Memandangkan aku ada membuat janji untuk menghantar baja Avvi ke Kota Bharu terus aku da isteri ke Kota Bharu petang itu juga.Risau jika esok pagi tidak sempat sebab jalan pasti jem dengan kenderaan di atas jalan raya.
     Akhirnya Kak Min yang akan aku jumpa nanti mempelawa aku ke rumahnya di Telipot.Katanya nak hadiahkan aku pokok orkid juga kalau datang ke rumah.Gembira hati bukan kepalang.Kata orang rezeki jangan ditolak dan musuh jangan dicari.
orkid Brassavola dan orkid selipar yang Kak Min hadiahkan pd aku.Moga hodup subur bersama aku

Orkid Brassavola yg Kak Min bagi macam nilah rupa bunganya

     Menggunakan GPS mencari rumah Kak Min berpusing2 aku dibawanya.Akhirnya sampai juga aku di depan rumah kak Min.Masa tu hujan baru hendak berhenti dan waktu pun dah masuk Isyak.Melihat lanskap rumah Kak Min aku tertarik.Kemas,ringkas dan menarik mata memandang,Kak Min pandai menggunkan ruang yang ada mendeko halaman rumah.Sambil aku bersembang-sembang dengan Kak Min isteri ku menangkap gambar kawasan rumah kak Min dan gambar aku dan Kak Min sambil berbual.Tak minta izin pulak tu!


Akhirnya seperti yang dijanjikan Kak Min memberi aku dua pasu orkid.Satu pasu orkid selipar dan satu pasu lagi orkid Brassavola.Terima kasih Kak Min moga orkid itu akan hidup subur di bawah jagaan aku.Orkid itu adalah orkid kasih sayang dari Group WhatsApp Avvi Faizu.Raya Aidil Adha kali ini sungguh bermakna bagi ku kerana dapat berjumpa dengan Kak Min yang sebelum ini hanya membeli baja secara atas talian.Bertambah lagi kenalanku.