Kebanyakan peminat-peminat orkid yang baru berjinak-jinak akan mengalami masalah untuk menentukan berapa banyak air yang perlu disiram pada pokok orkid mereka.Sekiranya anda ragu-ragu sama ada hendak siram atau tidak lebih baik jangan siram.Ini kerana dibimbangi anda telah melakukan penyiraman yang berlebihan.Kesan daripada penyiraman yang berlebihan akan mengundang penyakit kepada pokok orkid anda. Tahukan anda pokok orkid mampu menyimpan air di dalam bebawangnya? Orkid juga mempunyai akar udara yang mampu menyerap wap air dari persekitarann hidupannya. Sebab itu pokok orkid susah nak mati kalau tak cukup air kecuali kena sakit.
Namun begitu dalam cuaca panas penyirama perlu lebih sedikit berbanding waktu hujan. Sebaik-baiknya penyiraman perlu dilakukan pada waktu pagi dan petang.Pada waktu tengahari tidak digalakkan kerana boleh mengundang penyakit lecur daun dan reput pucuk. Ini kerana air yang bertakung di celah-celah daun menjadi panas dek kerana proses pemanasan air oleh matahari.
Medium penanaman juga perlu diambil kira.Sekiranya menggunakan moss atau lumut yang dapat menyimpan atau menyerap kelembapan air lebih lama maka kadar siraman perlu dikurangkan.Jika air banyak bertakung akan menyebabkan akar busuk dan reput. Pokok orkid anda boleh meninggal sekiranya tidak diberi rawatan dengan segera.
Perlu diingatkan penyiraman orkid seelok-eloknya adalah melalui kaedah penyemburan air bukan melalui kaedah siraman air seperti waktu kita mandi.
susah betul nak jaga eik...
ReplyDeletehttp://www.nukilanfauzan.com
Xsusah sebenarnya nak jaga orkid ni kalau tahu caranya.Yang penting jangan terlebih siram.Tu aje.Biar kurang siram jgn terlebih.
ReplyDelete