Menjalankan perniagaan amat dituntut dalam Islam.Apatah lagi barang yang dijual itu barang yang diusahakan oleh orang Islam sendiri. Pembeli juga memainkan peranan untuk menyokong sesuatu produk yang dikeluarkan oleh anak tempatan n barang buatan Malaysia.Namun yang selalu menjadi persoalan ialah mutu sesuatu produk n perkhidmatan lepas jualannya.
Setelah menjual sesuatu produk adalah menjadi keperluan untuk kita memberikan perkhidmatan lepas jualan.Tidak kiralah jual mesin basuh ke,jual hand phone ke kita mesti sediakan khidmat lepas jualan supaya pelanggan dapat mengutarakan masalah yang dihadapi akhirnya akan berpuas hati dengan mutu khidmat jualan kita.
|
Kelab Avvi Faizu di WhatsApp
Justeru dengan itu saya sejak awal menjual baja lagi telah mengambil langkah pertama dengan menawarkan kepada para pelanggan saya untuk menyertai group WhatsApp saya yang namanya Kelab Avvi Faizu. Di sini para pelanggan saya dapat bertanyakan masalah penggunaan baja, berkongsi teknik-teknik bercucuk tanam, berkongsi testimoni keberhasilan tanaman mereka menggunakan Avvi dan dengan itu secara tidak langsung mengeratkan silaturrahim.Silaturrahim antara kami bukan setakat antara penjual baja dan pembeli malah lebih daripada itu kemesraannya dan ada juga antara kami yang sudah berjumpa dan saling bertukar tanaman.Malah secara tidak langsung pelanggan-pelanggan saya menjalankan promosi mulut ke mulut tentang kebaikan baja Avvi dan khidmat lepas jualan saya yang cepat dan mesra pelanggan.Bukan nak angkat diri sendiri tetapi itulah yang berlaku.
Yong Zaharah menziarahi Kak Ida di rumahnya di Batu Pahat.Mereka berjumpa atas faktor hobi yang sama.
|
|
Kak Noriza Ramli dan suami berjumpa di rumah kak Che Su Yahya.Dapat pokok bunga kertas dan beberapa pasu orkid. |
|
Apa kata pelanggan saya tu ya? Baca sendiri ya.😊 |
Mana-mana pelanggan yang tidak menyertai group WhatsApp saya, saya masih lagi memberikan khidmat lepas jualan secara personal dan bertanyakan keadaan tanam-tanaman mereka setelah mereka menggunakan Avvi. Kebanyakan respond yang saya terima amat positif. Ramai yang berpuas hati menggunakan Avvi pada tanam-tanaman mereka.Syukur, Alhamdulillah saya mendengarnya.
|
Geng Avvi Faizu Khas Untuk Pembeli Avvi Saya |
Kini saya mengambil satu langkah ke depan lagi dengan membuat satu group di Facebook dengan nama Geng Avvi Faizu untuk para pembeli Avvi saya.Di sini penyertaan dapat diperluaskan lagi dan tiada masalah telefon 'hang' seperti yang selalu terjadi di group whatsApp.Namun tidak semua juga yang dapat saya masukkan ke dalam group Geng Avvi Faizu di FB kerana bukan semua menggunakan nama betul semasa membuat tempahan baja dan kadang-kadang bila di cari namanya tidak jumpa.Mana yang saya jumpa pasti saya masukkan dalam group di FB.Kini ahli di FB ada sekitar 140 orang sahaja berbanding yang sebenarnya lebih daripada itu.
No comments:
Post a Comment