Pelanggan baja Avvi saya, Puan Bismillah atau Mak Cik Muna ada menanam pokok orkid vanila di rumahnya. Dari situ barulah saya tahu yang perisa vanila yang digunakan di dapur datangnya dari pokok orkid vanila .Rumah mak cik Muna ni banyak tanam pokok antaranya hoya yang menarik hati saya sebab ia berwarna merah.
Berbalik kepada cerita Mak Cik Muna tadi beliau hantar gambar pokok orkid vànila dengan pertanyaan boleh hidup ke lagi pokoknya memandangkan macam mati segan hidup tak mahu.Rupa-rupanya cara menanam pokok orkid vanila ni pun sudah tidak betul kerana mak Cik Muna menanam orkid tersebut dengan cara melilit berkali-kali seperti di dalam gambar. Saya pun tiada penhalaman dalam penanaman orkid vanila, tetapi bila rujuk kepada yang lebih pakar maka dapatlah jawapannya.
Orkid vanila Mak Cik Muna |
Pokok orkid vanila memerlukan sokongan memanjat dan cahaya matahari antara 30%-75%.Biasanya pokok ini akan memanjat dari bawah ke pucuk pokok dan bila mencecah cahaya matahari di pucuk pokok baru dia akan berbunga.Pokok orkid vanila ini bukan jenis flowering macam orkid vanda.Kalau cara tanam sudah salah makan macam mana nak berbungakan.
Jadi bila saya ceritakan yang orkid vanila ini perlu ditanam dengan sabut yg dililit pd batang kayu Mak Cik Muna terus membuat apa yang saya maklumkan itu.Dan yg gembiranya mak Cik Muna ingin membahagi-bahagikan orkid vanilanya itu kepada ahli-ahli group WhatsApp Kelab Avvi Faizu. Semoga ahli-ahli group yang akan dapat orkid vanila tu nanti akan menjaganya dengan baik.
Beginilah cara penanaman orkid vanila yang disyorkan |
No comments:
Post a Comment