Saturday, November 1, 2014

Keperluan Suhu Dan Cahaya Orkid Vanda


     Sebelum ini saya telah memberi tahu bahawa faktor yang mempengaruhi pembungaan orkid adalah seperti suhu dan cahaya. Hari ni saya akan memberikan tip untuk keperluan suhu dan cahaya untuk orkid vanda.


     Orkid vanda menyukai hari panas dan malam yang sejuk. Suhu siang hari yang sesuai adalah dalam julat 24-29 darjah celcius, manakala suhu malam yang lebih disukai adalah 18-24 darjah celcius.

Keperluan cahaya orkid vanda:
Memberikan jumlah cahaya yang tepat kepada orkid vanda anda adalah satu aspek penting dalam keberhasilan penjagaan orkid vanda. Orkid vanda memerlukan bahanyak cahaya, tetapi cahaya tengah hari yang kuat akan boleh membakar daun dan membuat ia kuning. Oleh itu, adalah lebih baik mencari lokasi di rumah anda di mana orkid vanda anda akan dinaungi sekitar jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang, sementara masih mampu menerima banyak cahaya pada waktu pagi dan petang.Jika daun bertukar dari hijau muda ke hijau tua, orkid vanda anda memerlukan lebih banyak cahaya matahari untuk menggalakkan pembunagaannya.

Thursday, October 30, 2014

Faktor Yang Mempengaruhi Pembungaan Orkid

Orkid Dendro yg diberikan AvviSnAvviX
 
    Penghasilan bunga orkid banyak bergantung kpd keadaan 'photoperiodic' dan suhu sekitaran.Untuk orkid Dendrobium,Oncidium, Cattleya dan Phalaenopsis, pokok akan terangsang untuk berbunga selepas terdedah kpd masa gelap atau malam yang panjang.Oleh itu pokok orkid jenis tersebut perlu naungan untuk menggalakkan pengeluaran bunga.

Pembeli baja Avvi yg menggunakan Avvi pada orkid Cattleya



  Orkid jenis Aranda, Aranthera, Arachnis, Mokara, Renanthera dan vanda akan hanya terangsang mengeluarkan bunga setelah didedahkan kepada matahari sepenuhnya. Oleh itu orkid jenis ini tidak memerlukan naungan pada peringkat matang
Orkid Mokara
Orkid vanda

Friday, October 10, 2014

Hari Raya Korban Dan Avvi

 Tanggal 5.10.14 umat Islam di Malaysia menyambut hari Raya Aidil Adha atau pun Hari Raya Korban. Aku pulang ke kampung dan turut melakukan ibadah korban.Lembu yang dikorbankan adalah lembu peliharaan ayah dan emak di kampung iaitu di Benchah Hangus, Ketereh.Selepas menunaikan solat sunat Aidil Adha aku bersiap-siap menukar pakaian untuk menumbangkan lembu di belakang rumah.
     Sudah menjadi tradisi lembu ditumbangkan di belakang rumah kerana mempunyai kawasan padang yang luas.Siap melapah daging lembu dan dibahagi-bahagikan kepada yang membuat korban dan akikah, kaum perempuan di dapur memasak daging untuk dihidangkan kepada tetamu dan yang menolong melapah daging.
    Walaupun badan masih penat akibat menempuh perjalanan yang jauh ditambah lagi dengan keadaan jem Ipoh-Perak , semua aktiviti itu dilakukan dengan penuh rasa gembira di hati.Gembira dapat membuat ibadah korban dan juga dapat bertemu ibu, ayah dan saudara-mara di kampung.Sebelah petangnya pula aku dan isteri pergi ke dusun  dokong yang terletak tak jauh dari rumah.
     Sampai sahaja di dusun beberapa batang pokok lebat berbuah dan ada yang sudah masak dan ada yang masih muda.Dibantu oleh adikku yang memanjat pokok dokong, aku hanya mengutip buah yang jatuh di atas tanah dan memasukkan dalam besen yang di bawa dari rumah.Penuh dua besen dengan buah dokong aku pulang ke rumah.

Memandangkan aku ada membuat janji untuk menghantar baja Avvi ke Kota Bharu terus aku da isteri ke Kota Bharu petang itu juga.Risau jika esok pagi tidak sempat sebab jalan pasti jem dengan kenderaan di atas jalan raya.
     Akhirnya Kak Min yang akan aku jumpa nanti mempelawa aku ke rumahnya di Telipot.Katanya nak hadiahkan aku pokok orkid juga kalau datang ke rumah.Gembira hati bukan kepalang.Kata orang rezeki jangan ditolak dan musuh jangan dicari.
orkid Brassavola dan orkid selipar yang Kak Min hadiahkan pd aku.Moga hodup subur bersama aku

Orkid Brassavola yg Kak Min bagi macam nilah rupa bunganya

     Menggunakan GPS mencari rumah Kak Min berpusing2 aku dibawanya.Akhirnya sampai juga aku di depan rumah kak Min.Masa tu hujan baru hendak berhenti dan waktu pun dah masuk Isyak.Melihat lanskap rumah Kak Min aku tertarik.Kemas,ringkas dan menarik mata memandang,Kak Min pandai menggunkan ruang yang ada mendeko halaman rumah.Sambil aku bersembang-sembang dengan Kak Min isteri ku menangkap gambar kawasan rumah kak Min dan gambar aku dan Kak Min sambil berbual.Tak minta izin pulak tu!


Akhirnya seperti yang dijanjikan Kak Min memberi aku dua pasu orkid.Satu pasu orkid selipar dan satu pasu lagi orkid Brassavola.Terima kasih Kak Min moga orkid itu akan hidup subur di bawah jagaan aku.Orkid itu adalah orkid kasih sayang dari Group WhatsApp Avvi Faizu.Raya Aidil Adha kali ini sungguh bermakna bagi ku kerana dapat berjumpa dengan Kak Min yang sebelum ini hanya membeli baja secara atas talian.Bertambah lagi kenalanku.

Monday, September 29, 2014

Apa Maksud Baja Bergred Foliar

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

     Rasa terpanggil untuk menerangkan apa itu baja Avvi bergred Foliar hari ini.Ramai pelanggan yang membeli baja dengan saya akan bertanya apa itu baja Avvi bergred foliar?
     Saya kongsikan sedikit info berkenaan di sini.Harap info ini dapat menambah sedikit pengetahuan kita semua.
     Foliar berasal daripada perkataan FOLIAGE yg bermaksud daun atau organ tumbuhan yang menjalankan proses fotosintesis.Baja foliar adalah baja yang menggunakan daun sebagai sasaran pembajaan. Baja yang disembur pada daun akan menembusi daun dan sel tumbuhan melalui sel epidermis dan stoma lalu meningkatkan proses fotosintesis dan respirasi sel tumbuhan. Sebab itu baja AvviS n AvviR disyorkan digunakan pada waktu pagi.Berbanding dengan baja tanah, baja foliar lebih berkesan kerana ia dapat menembusi sel-sel tumbuhan dengan sepenuhnya.

Berminat untuk mendapatkan baja organik Avvi bergred foliar ini boleh hubungi saya di talian 0134763374 atau WhatsApp 0135057840.Jika ingin lihat testimoni boleh lihat di Facebook saya Faizu Hamzah..



Friday, September 26, 2014

Orkid Harimau


   Orkid harimau atau nama saintifiknya Grammatophyllum Speciosum adalah spesis terbesar di kalangan orkid. Dikatakan orkid 'giant' atau raksasa.Di habitat asalnya di hutan orkid ini tumbuh di atas kayu balak, bukan di atas tanah.
    Orkid ini memang amat susah untuk berbunga jika persekitarannya tidak sesuai.Maklumlah benda yg dibawa keluar dari hutan dan nak kita tanam di laman rumah pasti tak sama suasananya.Ibarat kita kalau bermalam disesuatu tempat, kalau tak kena gaya mata xboleh terpejam.Merenung syiling dan berpusing kiri dan kanan cuba untuk lelapkan mata.Kalau berjaya dapatlah lena kalau tidak terkebil-kebil mata sampai ke subuh.
     Orkid ini digelar orkid harimau kerana bunganya cantik dan wangi. Bunganya bertompok-tompok seperti kulit harimau.Biasanya orkid ini ditanam di atas tanah  kerana pokoknya yang besar.Tetapi ada juga yang tanam di dalam pasu besar.


     Untuk pengetahuan orkid harimau ini harganya mahal.Ada yang jual rm150 sebatang.Sepasu ada yg mencecah harga seribu ringgit.Tapi kalau dah minat dan duit pun ada itu semua tak jadi halangan bagi peminat-peminat orkid harimau ini untuk memilikinya.Menjadi satu kepuasan bila dapat memiliki dan menjaganya sehingga berbunga walaupun ada yang mengambil masa hingga 30 tahun baru berbunga.
                   Akar orkid harimau yang disirami                        baja AvviS dan AvviX.Segar akarnya.

    Mengikut sesetengah pihak andai orkid harimau ini berbunga, pemiliknya adalah orang yang bertuah.Apa tak bertuahnya kalau sekali berbunga boleh keluar 18 tangkai dan boleh mekar sehingga 7 bulan.Puas hatikan?Berbaloi-balaoi rasanya segala penat lelah membelai dan membaja selama hari ini.

Friday, September 19, 2014

Perkidmatan Lepas Jualan

     Menjalankan perniagaan amat dituntut dalam Islam.Apatah lagi barang yang dijual itu barang yang diusahakan oleh orang Islam sendiri. Pembeli juga memainkan peranan untuk menyokong sesuatu produk yang dikeluarkan oleh anak tempatan n  barang buatan Malaysia.Namun yang selalu menjadi persoalan ialah mutu sesuatu produk n perkhidmatan lepas jualannya.

     Setelah menjual sesuatu produk adalah menjadi keperluan untuk kita memberikan perkhidmatan lepas jualan.Tidak kiralah jual mesin basuh ke,jual hand phone ke kita mesti sediakan khidmat lepas jualan supaya pelanggan dapat mengutarakan masalah yang dihadapi akhirnya akan berpuas hati dengan mutu khidmat jualan kita.
 
Kelab Avvi Faizu di WhatsApp

 Justeru dengan itu saya sejak awal menjual baja lagi telah mengambil langkah pertama dengan menawarkan kepada para pelanggan saya untuk menyertai group WhatsApp saya yang namanya Kelab Avvi Faizu. Di sini para pelanggan saya dapat bertanyakan masalah penggunaan baja, berkongsi teknik-teknik bercucuk tanam, berkongsi testimoni keberhasilan tanaman mereka menggunakan Avvi dan dengan itu secara tidak langsung  mengeratkan silaturrahim.Silaturrahim antara kami bukan setakat antara penjual baja dan pembeli malah lebih daripada itu kemesraannya dan ada juga antara kami yang sudah berjumpa dan saling bertukar tanaman.Malah secara tidak langsung pelanggan-pelanggan saya menjalankan promosi mulut ke mulut tentang kebaikan baja Avvi dan khidmat lepas jualan saya yang cepat dan mesra pelanggan.Bukan nak angkat diri sendiri tetapi itulah yang berlaku.

Wednesday, September 17, 2014

Bahaya Terlebih Siram Air

    Hari ni cuti sebab demam.Mungkin juga kena tonsil sebab tekak sakit.Nak menelan air liur pun susah.Check suhu badan masih 38°C lagi.Panadol sudah pun telan 2 biji selepas makan sekeping kuih donut.Tengahari nanti baru pergi ke hospital dengar apa doktor kata.Berehat di rumah rasa hendak menulis pula.Hari ni saya hendak berkongsi tip atau cara penyiraman pokok orkid.Sebab kalau terlebih siram akan mengundang padah pada pokok orkid kesayangan anda.

     Kebanyakan peminat-peminat orkid yang baru berjinak-jinak akan mengalami masalah untuk menentukan berapa banyak air yang perlu disiram pada pokok orkid mereka.Sekiranya anda ragu-ragu sama ada hendak siram atau tidak lebih baik jangan siram.Ini kerana dibimbangi anda telah melakukan penyiraman yang berlebihan.Kesan daripada penyiraman yang berlebihan akan mengundang penyakit kepada pokok orkid anda. Tahukan anda pokok orkid mampu menyimpan air di dalam bebawangnya? Orkid juga mempunyai akar udara yang mampu menyerap wap air dari persekitarann hidupannya. Sebab itu pokok orkid susah nak mati kalau tak cukup air kecuali kena sakit.

Akar yang subur menunjukkan diri setelah dispray dengan AvviS n AvviX

 Namun begitu dalam cuaca panas penyirama perlu lebih sedikit berbanding waktu hujan. Sebaik-baiknya penyiraman perlu dilakukan pada waktu pagi dan petang.Pada waktu tengahari tidak digalakkan kerana boleh mengundang penyakit lecur daun dan reput pucuk. Ini kerana air yang bertakung di celah-celah daun menjadi panas dek kerana proses pemanasan air oleh matahari.
Orkid yang sudah tidak dapat diselamatkan lagi akibat penyiraman air yang lebih

     Medium penanaman juga perlu diambil kira.Sekiranya menggunakan moss atau lumut yang dapat menyimpan atau menyerap kelembapan air lebih lama maka kadar siraman perlu dikurangkan.Jika air banyak bertakung akan menyebabkan akar busuk dan reput. Pokok orkid anda boleh  meninggal sekiranya tidak diberi rawatan dengan segera.

   Perlu diingatkan penyiraman orkid seelok-eloknya adalah melalui kaedah penyemburan air bukan melalui kaedah siraman air seperti  waktu kita mandi.

Sunday, September 14, 2014

Penanaman Orkid Vanila

    Assalammualaikum danselamat pagi.Jam di tangan dah menunjukkan jam 12.25 AM.Tapi saya nak kongsikan sedikit tentang penanaman orkid vanila.Ini adalah berdasarkan pertanyaan pelanggan baja saya.
   
     Pelanggan baja Avvi saya, Puan Bismillah atau Mak Cik Muna ada menanam pokok orkid vanila di rumahnya. Dari situ barulah saya tahu yang perisa vanila yang digunakan di dapur datangnya dari pokok orkid vanila .Rumah mak cik Muna ni banyak tanam pokok antaranya hoya yang menarik hati saya sebab ia berwarna merah.
     Mak cik Muna mengalami masalah dalam penanaman dan penjagaan orkid vanilanya.Dihantarnya gambar pokok orkid vanilanya kepada saya melalui group WhatsApp Avvi saya.Untuk pengetahuan group ini saya tubuhkan untuk saya mengetahui permasalahan tentang penggunaan baja atau kesan baja kepada pokok yang menggunakan baja organik Avvi.

    Berbalik kepada cerita Mak Cik Muna tadi beliau hantar gambar pokok orkid vĂ nila dengan pertanyaan boleh hidup ke lagi pokoknya memandangkan macam mati segan hidup tak mahu.Rupa-rupanya cara menanam pokok orkid vanila ni pun sudah tidak betul kerana mak Cik Muna menanam orkid tersebut dengan cara melilit berkali-kali seperti di dalam gambar. Saya pun tiada penhalaman dalam penanaman orkid vanila, tetapi bila rujuk kepada yang lebih pakar maka dapatlah jawapannya.
Orkid vanila Mak Cik Muna

    Pokok orkid vanila memerlukan sokongan memanjat dan cahaya matahari antara 30%-75%.Biasanya pokok ini akan memanjat dari bawah ke pucuk pokok dan bila mencecah cahaya matahari di pucuk pokok baru dia akan berbunga.Pokok orkid vanila ini bukan jenis flowering macam orkid vanda.Kalau cara tanam sudah salah makan macam mana nak berbungakan.

     Jadi bila saya ceritakan yang orkid vanila ini perlu ditanam dengan sabut yg dililit pd batang kayu Mak Cik Muna terus membuat apa yang saya maklumkan itu.Dan yg gembiranya mak Cik Muna ingin membahagi-bahagikan orkid vanilanya itu kepada ahli-ahli group WhatsApp Kelab Avvi Faizu. Semoga ahli-ahli group yang akan dapat orkid vanila tu nanti akan menjaganya dengan baik.

Beginilah cara penanaman orkid vanila yang disyorkan
Wassalam...

Avvi Menambah Kenalan Di Samping Pendapatan Tambahan


   
Menceburi bidang penjualan baja organik Avvi bergred foliar memberi peluang saya berjumpa dengan pelbagai ragam manusia.Walaupun ia dibuat 90% secara atas talian dengan mengiklankan baja di dalam beberapa buah group di Facebook seperti Orkid Dan Penanaman, Kelab Pencinta Bunga,Peminat Orkid Malaysia, Segalanya Tentang Orkid,Kelab Orkid Syok Sendiri, Kebun Mini dan beberapa group lain lagi membuatkan saya mendapat ramai rakan di alam siber secara tidak langsung.

   
Kebanyakan pelanggan saya datang dari luar negeri Perak atau luar kawasan Ipoh.Walau bagaimana pun Allah telah mentakdirkan utk saya berjumpa pelanggan saya di Batu Pahat, Johor pada Hari Raya Aidil Fitri ke-3 yang lepas.Beliau merupakan pelanggan bukan COD baja pertama yang saya jumpa.Bertandang ke rumah kak Ibu Ida atau kak Faridah memberi satu kenangan yang indah.Dapat melihat orkid tanaman beliau yang cantik n sihat serta susun aturnya yang menarik.Layanan yang diberi cukup ramah dan mesra sekali.Bukan sahaja beliau yang melayan kunjungan saya sekeluarga tetapi anak-anak dan menantu beliau turut melayan dengan layanan kelas pertama! Tak cukup dengan itu diberikan pula tart teratai dan kek kukus sebagai tanda hati kepada saya untuk dibawa  pulang ke Ipoh, Perak.Semuanya itu hasil air tangannya sendiri.Walaupun baru kali pertama jumpa rasa macam dah lama dan tak kekok untuk berinteraksi.Semoga ikatan silaturrahim ini terus kekal.

    Selepas pertemuan itu berlaku lagi pertemuan antara saya dan pelanggan dari Lumut, kak Kalsom Limat.Beliau beli baja kali ke-2 dan COD di Hospital Ipoh kerana melawat ibu mertuanya yg sakit. Dan dua hari lepas kak Som membeli sebotol AvviS lagi kerana bajanya sudah habis sebab dibuat main oleh anaknya.Sabar ya Kak Som..Saya doakan semoga pokok orkid Kak Som terus subur.
   
      Tak ketinggalan pelanggan dari Cheras kak Jamaliyah bt Idris turut membeli secara COD buat kali ke-2 dengan saya.Pembelian kali kedua ni Kak Jamaliyah membeli 3 set baja orkid dan sebotol AvviR.Gambarnya bersama saya tiada tetap dengan suaminya sahaja. Kak Jamaliyah baru nak berjinak-jinak dengan penanaman orkid dan kini telah ada pondok orkid sendiri.Tahniah Kak Jamaliyah.

   Ini bukanlah bermakna tiga pelanggan ini sahaja yang COD baja dari saya tetapi pelanggan-pelanggan ini sentiasa berhubung dengan saya sehingga kita.
     Ini merupakan sedikit coretan saya bagaimana Avvi menambahkan kenalan dan mengeratkan silaturrahim bukan setakat antara pembeli dan penjual tetapi lebih daripada itu terjalin ikatan silaturrahim.

Wassalam

 

Saturday, September 13, 2014

Kenali Produk Baja Organik Avvi

 
   
Avvi mempunya tiga jenis baja iaitu AvviS, AvviR & AvviX. Baja buatan Malaysia ini dikeluarkan oleh Warisan Buana Enterprise milik Bumiputera Muslim. RM29/botol.1 set baja      orkid/ros Rm58



AvviS & AvviX (Set baja orkid)
AvviR & AvviX (Set baja ros)
     AvviS dan AvviR adalah baja pertumbuhan dan pembungaan pokok secara keseluruhannya.Kedua-duanya bertindak menyihat dan membesarkan daun, menguatkan tangkai bunga,menguatkan batang pokok, menyihatkan akar, membanyakkan dan membesarkan bunga serta penghasilan bunga  yang lebih terang.Ia merawat pokok yang sakit dan memulihkannya.Mengurangkan stress pokok akibat penggunaan racun perosak secara berlebihan dan juga menggalakkan pembungaan yang maksimum.

AvviS sesuai untuk semua jenis orkid, tanaman buah-buahan, sayuran (cili,sawi,terung,bendi, tomato dll), tanaman hiasan (keladi hiasan, petunia,adenium,sepit udang,ros jepun dll). AvviR pula diformulasikan untuk mencegah kerosakan daun dengan formula "anti-blackspot". Ia juga bagus untuk pokok-pokok renek yang berbunga tanpa musim seperti bunga kertas, melur,kenanga,bunga raya,kesidang dan seumpamanya.

     AvviX adalah formulasi cuka kayu yg diuji khas untuk kesan maksima kepada orkid sebagai Kawalan Serangga Dan Penyakit Secara Organik.Ia mengandungi lebih 300 element seperti asid asetik, metanol, fenol, ester,acetals,keton, asid formik n banyak lagi. Ia mempunyai kualiti radicational yang memberikan kesan memdorong pertumbuhan pokok.SANGAT berkesan untuk hama (mites), menghalau serangga, mengelak serangan kulat,bakteria n virus. SELAMAT untuk manusia, haiwan, tumbuhan dan persekitaranBanyak terbitan Agrojournal di seluruh dunia menceritakan kebaikan cuka kayu dalam menggantikan pesticide dan funvicide.
1.Semburan foliar mengawal fungus (grey molds)
2. Insecticide
3.Penggalak dan pemulih tanah n medium campuran arang.

AVviX hanya boleh dipekatkan 2x.Lebih dari itu boleh menyebabkan daun gugur.Sebab itulah dicadangkan kegunaannya sebulan sekali. AvviX adalah sejenis cuka kayu, setiap gandaan kepekatan bermakna kita gandakan  keasidan campuran.Terlalu pekat boleh menyebabkan denaturasi atau kerosakan sel-sel stoma daun.

Pengalaman Buruk Menjaga Orkid

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

     Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dgn izinNya dpt saya mencipta sebuah blog yg sudah lama saya ingin ciptakan.Terima kasih juga kepada anak sulong saya yang memberikan tunjuk ajar dalam mencipta sebuah blog.Maklumlah anak yang lahir di era milenium, kehadapan dalam bidang teknologi maklumat walaupun baru berusia 14 tahun.

     Saya merupakan seorang ayah kepada tiga orang anak lelaki dan seorang suami kepada seorang isteri.Ewah macam ada keinginan nak tambah satu lagi isteri pula.keh..keh..orang lelaki ni tipulah kalau tak berkeinginankan.Tapi dibatas oleh kemampuan diri.

     Berminat dalam tanam-tanaman walaupun dikekang oleh keterbatasan masa dan rumah yang tidak bertanah.Kalau di kampung saya di Ketereh Kelantan dulu, saya akan menanam buah tembikai, jagung, ubi kayu, ubi keledek dan lain tanaman bersama emak saya.Hasil tanaman ada yg dijual ada yg dibuat makan sendiri maklumlah saya ada adik-beradik yang ramai.Bila dah bekeluarga minat untuk mencantikkan rumah dengan tanaman pokok-pokok bunga terutamanya orkid.Kenapa saya pilih orkid? Sebabnya orkid kalau berbunga akan ambil masa yang lama untuk menguncup.Nak bagi berbunga pun menguji kesabaran. Membela orkid ibarat menjaga anak yang perlu dibelai dgn penuh kasih sayang dan kesabaran.Nanti bila tiba masanya akan dapat menuai hasil.

    Akibat kegagalan dalam menjaga orkid di mana bunga pun tak pernah keluar tunjukkan diri, akhirnya kesemua pasu orkid saya dibuang isteri.Masakan tidak dibuang, akar baru tak tumbuh dan anak pun tak keluar. Dipendekkan cerita isteri yang mengetahui minat saya kepada pokok orkid telah menyuruh saya membeli seterusnya menjadi penjual baja organik bergred foliar jenama Avvi.Itupun setelah mengetahui keberhasilannya. Akhirnya saya membeli satu set baja magik orkid AvviS n AvviX.




Sebelum ini AvviS  dan AvviX hanya saya gunakan pada orkid yang tidak bermasalah kali ini saya saya turut membeli sepokok orkid mini dendro yang sudah tidak dihiraukan di salah sebuah nursery di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh. Tujuannya untuk melihat kesan magik Avvi kepafa pokok orkid tersebut. Harganya Rm5 dan masa saya beli pokoknya sudah ditumbuhi rumput kerana dibiarkan tergolek di belakang nurseri.Saya rawat dengan AvviS seminggu sekali n AvviX sebulan sekali.Tanpa diduga batang orkid yang telah kering,kecut n menyembah ke bumi mengeluarkan keiki setelah sebulan penggunaan.Gembira bukan kepalang kerana mula-mulanya nampak hanya satu keiki tetapi sebenarnya ada dua ya tumbuh disamping keiki yang tumbuh di batang dendro yang elok.Malah ada lagi keiki atau spike yang bakal muncul.
7hb Ogos 2014 keluar 1 keiki n 13hb Ogos 2014 keluar yang satu lagi
Sebulan keiki pun dah keluar akar baru dan ada yg sudah besar