Friday, September 11, 2015

Orkid Yang Menghiasi Sudut Rumah



Antara orkid yang saya bela telah menonjolkan dirinya di pondok sekangkang kucing . Alhamdulillah hasil penggunaan baja organik Avvi serasi dengan orkid-orkid yang dibela. Bunga tak gugur lagi tapi spike orkid dah setia menanti.
   
     Kepada yang ingin mencuba baja organik Avvi boleh hubungi saya 0135057840 (WhatsApp), call/sms 0134763374. Untuk lihat lebih banyak testimoni boleh ke page saya https://www.facebook.com/ingatbajaingatavvi

Friday, June 26, 2015

Page Ingat Baja Ingat Avvi: AvviS, AvviR & AvviX

Tanggal 13.06.15 yg lalu saya telah membuat satu page yang saya beri nama Ingat Baja Ingat Avvi: AvviS, AvviR dan AvviX. Dipage tersebut terdapat pelbagai testimoni yang saya terima daripada para pelanggan saya yang berbesar hati untuk berkongsi kejayaan mereka menggunakan baja organik Avvi pada pelbagai tanaman mereka seperti orkid, bunga ros, pokok sayuran n pokok buah2an.Testimoni ini akan diup date dari masa ke semasa. Anda yang mengunjungi blog saya ini dijemput untuk pergi ke page saya dengan melayari https://www.facebook.com/ingatbajaingatavvi.Untuk memeriahkan page saya itu anda dijemput untuk like page tersebut sebagai tanda sokongan kepada produk keluaran Bumiputera.Ini juga selaras dengan kempen yang kerajaan jalankan untuk menyokong produk keluaran Malaysia.

Thursday, January 15, 2015

Penjagaan Phal Hybrid

Phal hybrid ni tidaklah susah mana untuk menjaganya kalau tahu cara dan ragamnya.Untuk penyiraman hanya siram seminggu sekali atau 2,3 hari sekali.Siraman di sini bermaksud spray baja(mist) Tempatkan orkid phal di tempat yang berbumbung,tidak kena hujan dan panas yang terik cukup ada cahaya sahaja.Kalau tak ada cahaya bagaimana pula untuk tumbuhan melakukan proses fotosintesis.Orkid ini juga boleh letakkan di dalam rumah.Kalau letak di luar rumah pastikan tempat yang ada bumbung ya. Semasa proses penyiraman dilakukan jika air tidak kena pada bunga, bunga mampu bertahan selama 6 bulan.Kalau nak letak dalam bilik berhawa dingin juga boleh siap dengan cahaya lampu sekali bagi menggantikan cahaya matahari. Untuk pembajaan jangan guna taik kambing.Kerana taik kambing akan merosakkan akar lama kelamaan nanti.Kalau menggunakan medium moss sebagai medium penanaman boleh guna baja nugget, slow release selain baja organik Avvi yang saya jual ni.Baja Avvi boleh spray seminggu sekali atau seminggu dua kali. Sebilangan orang menyarankan lepas beli pokok boleh terus membuat pemasuan semula.Itu sebenarnya tidak betul.Ini kerana akan mengganggu pembesaran anak pokok.kalau pokok yang dibeli ada bunga, bunga akan terganggu dan tidak tahan lama. Semasa melakukan proses pemasuan semula mMoss asal jangan buang kalau pokok ada anak.Masa proses pemasuan semula tu masukkan sekali dengan moss.Selitkan juga arang biar ada ruang untuk akar,jangan terus kambus.Untuk melakukan pemasuan semula pada pokok yang telah habis berbunga boleh menggunakan kaedah ini. Akar pokok phal ni a mudah rosak sekiranya banyak air.Jika menggunakan moss sebagai medium kawal penyiraman.Tunggu sehingga moss kering barulah penyiraman dilakukan.Bila banyak air itu yang berlaku reput akar, daun lembik dan kulat.Pendek kata biar kurang air jangan terlebih air.Ingat itu! Phal juga suka tempat yang berangin.Maksudnya tempat yang terbuka mempunyai pengudaraan yang baik. Lagi satu untuk penggemar orkid Phal nii jangan lupa untuk spray racun kulat pada daun atas dan bawah juga pada akar.Tak kira sama ada orkid itu masih kecil atau sudah besar.Selalunya bahagian bawah daun orkid Phal ini mudah diserang oleh red spider mites. Untuk itu jangan lupa untuk kenakan air pada bahagian bawah daun semasa menyiram air. Selamat berorkid.Pastikan Baja Organik Avvi sebagai pembajaan anda.